Ringkasan Program Sijil Kemahiran Malaysia
Secara ringkas Teknologi Mekatronik adalah gabungan pembelajaran mekanikal, elektrik, elektronik, pneumatic, hidraulik dan sistem automasi.
Pelatih menerima pendidikan latihan kemahiran mengikut kurikulum yang berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) dan tempoh latihan yang ditetapkan.
Tempoh Pengajian
#1 Tahap 2 – 6 bulan.
#2 Tahap 3 – 12 bulan.
#3 Latihan industri – 3 bulan.
#4 Jumlah keseluruhan pengajian – 21 bulan.
Persijilan Program
#1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).
#2 Sijil Tamat Latihan oleh Pusat Latihan.
Syarat Kelayakan Masuk (Umum)
#1 Terbuka kepada warganegara Malaysia.
#2 Lelaki atau perempuan.
#3 Bermur 16 tahun ke atas.
#4 Boleh Menulis, Membaca, Mengira
#5 Mempunyai Sijil Berhenti Sekolah.
Masa Hadapan Pelatih
#1 Pelatih yang telah tamat pengajian SKM Tahap 3 mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma
#2 atau memilih untuk memasuki alam pekerjaan.