Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik yang meliputi kerja-kerja penyeliaan, pendawaian, penyelenggaraan dan pentauliahan peralatan elektrik.
OBJEKTIF PROGRAM
Modul yang dibangunkan membolehkan mereka berkeupayaan dalam membuat pendawaian, pengujian, pembaikan, penyelenggaraan dan mencari punca kerosakan dalam litar elektrik serta memahami akta dan peraturan elektrik (IEE).
Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik, motor dan peralatan elektrik mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
TEMPOH PENGAJIAN
24 bulan
SYARAT KEMASUKAN
Warganegara Malaysia (Lelaki dan Perempuan).
Berumur 15 hingga 45 Tahun.
Lepasan TAFIZ, OKU, PMR, TINGKATAN 4, SPM atau Setaraf.
Masih belum ada sebarang pekerjaan.
Mempunyai minat yang mendalam bidang yang dipilih.
Berkebolehan minat menulis dan membaca.
PENGANUGERHAN
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 hingga Tahap 3 (Jabatan Pembangunan Kemahiran)
PROSPEK KERJAYA
Kontraktor Elektrik
Juruteknik Elektrik
Pendawai (Wireman)
Sektor awam dan swasta
Usahawan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :
Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) di KKTM Pasir Mas