Pengenalan 

Kursus Pembuat Pakaian Wanita merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Textile & Apperal.  Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).  Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem keterampilan.  Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. 

 Objektif 

Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak

dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita;

Melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai  teknologi,

berfikiran progresif dan dinamik serta berani mengambil risiko dalam menuju

wawasan 2025;   

 

Menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar

pentingnya kualiti dengan aspirasi negara. 

 

Ringkasan Kursus 

Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara

 

 penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian.

 

Penyediaan pelbagai jenis jahitan pakaian wanita, jahitan vest, jaket, blouse,

baju kebaya dan baju kurung. 

 

 

 

Modul Kursus

Berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK. 

 

.1     Tadbir keterampilan diri

.2     Praktik ciri-ciri keselamatan

.3     Kendali peralatan jahitan

.4     Kendali bahan-bahan pakaian

.5     Ukur ,kenal fesyen dan anggar bahan

.6     Buat pola

.7     Gunting,potong pakaian

.8     Buat pakaian

.9     Hias pakaian

.10   Reka/cipta fesyen

.11   Tadbir perniagaan  

 

Latihan Kursus 

Pelajar akan mendapat latihan selama 6 bulan di Institut ini dan mereka dihantar mengikut latihan logi selama 2 bulan.  Pelajar-pelajar akan ditempatkan di kedai-kedai jahit di seluruh negara terutamanya di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur.

 

Persijilan dan Tempoh Kursus 

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) .

 

KERJAYA

  • Bekerja di butik pakaian
  • Menerima tempahan sendiri di rumah
  • Pereka fesyen
  • Pereka pakaian pementasan
  • Tenaga pengajar KEMAS