Struktur kurikulum Sijil Teknologi Automotif dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri automotif.
TEMPOH PENGAJIAN
24 Bulan (Sepenuh Masa)
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN SPM
Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:
Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
Lulus Matematik
LULUSAN SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.
SINOPSIS PROGRAM
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih enjin kenderaan penumpang. Antara skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki sistem transmission, suspension, brake dan steering selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.
KANDUNGAN SILIBUS
Semester 1: Vehicle Technology 1, Engine Fundamental, Workshop Practice, Automotive Electrical, Engineering Drawing, Technical Mathematics 1, Entrepreneurship 1, English and Communication 1, Konsep Asas Islam, Asas Etika dan Nilai, Co-Curriculum
Semester 2: Vehicle Technology 2, Technicall Mathematics 2, Automotive Control System and Diagnosis, Petrol Engine 1, Engineering Science, Entrepreneurship 2, English and Communication 2, Tasawwur Islam, Teori Etika dan Konflik Moral, Co-Curriculum 2
Semester 3: Vehicle Technology 3, Petrol Engine 2, Automotive Air-Conditioning, Automotive Diesel Engine, Peradaban Islam, Masalah dan Isu Moral, Pengajian Malaysia
Semester 4: Latihan Industri
PROSPEK KERJAYA
Mekanik, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (KKTM Masjid Tanah)
Diploma Kejuruteraan Automotif (UniKL)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (DRB Hicom University)