Struktur kurikulum Sijil Automotif dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri automotif.

TEMPOH PENGAJIAN

24 Bulan (Sepenuh Masa)

SYARAT KELAYAKAN

üWarganegara Malaysia (Lelaki dan Perempuan).
üBerumur 15 hingga 45 Tahun.
üLepasan TAFIZ, OKU, PMR, TINGKATAN 4, SPM
atau Setaraf.
üMasih belum ada sebarang pekerjaan.
üMempunyai minat yang mendalam bidang yang dipilih.
üBerkebolehan minat menulis dan membaca. 

 

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih enjin kenderaan penumpang. Antara skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki sistem transmission, suspension, brake dan steering selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

PROSPEK KERJAYA

Mekanik, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (KKTM Masjid Tanah)
Diploma Kejuruteraan Automotif (UniKL)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (DRB Hicom University)