SISTEM KOMPUTER
Matlamat Kursus / Prospek Kerjaya
- Kursus yang menawarkan pengajian sehingga keperingkat Diploma
- Merangkumi pengajian 30% Teori dan 70% Amali ( Termasuk Latihan Industri )
- Latihan teknik-teknik memasang, menyelenggara, mengesan kerosakan
- Membaikpulih aplikasi komputer, perkakasan komputer dan pelayan ( Server )
- Asas dalam bidang elektrik/elektronik. Selain daripada komputer
- Memasang dan membaikpulih sistem rangkaian komputer.
- Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang komputer sistem.
- Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai pembantu jurutera, pembantu pentadbir sistem, penyelia atau juruteknik sistem komputer.
- Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran
- Tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan baik.
Antara Subjek Yang Dipelajari
- Pengenalan Kepada Komputer
- Pengenalan Perkakasan Komputer ( Hardware )
- Pemasangan Perkakasan Komputer ( Hardware )
- Pemasangan Perisian Komputer ( Software )
- Baikpulih Sistem Komputer
- Pengenalan Dan Pengendalian Komputer Peribadi
- Prinsip Ujian Dan Litar Elektronik
- Pemasangan Komputer Peribadi
- Mengenal Pasti Kerosakan Dan Penyelenggaraan
- Prinsip Dan Sistem Rangkaian
- Dokumentasi
Jangkamasa Program
- Operasi Sistem Komputer ( IT – 020 – 3 : 2013 ) Tahap 3 : 12 bulan
- Pentadbiran Sistem Komputer ( IT – 020 – 3 : 2013 ) Tahap 4 – DIPLOMA : 15 bulan