PERSATUAN ALUMNI INSTITUT KEMAHIRAN LANGKASUKA GURUN KEDAH.

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI INSTITUT KEMAHIRAN LANGKASUKA GURUN KEDAH dengan singkatan ALUMNI INSKIL

Alamat tempat urusan Persatuan ialah:

Insitut Kemahiran Langkasuka

Lot 31, Seksyen 3, Jalan Raya,

08300 Gurun,

Kedah Darul Aman.

Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa kesemasa oleh Jawatankuasa. Alamat tempat urusan berdaftar Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Persatuan Pertubuhan terlebih dahulu.

Tujuan / Matlamat

  1. Untuk membolehkan bekas pelajar dan jurulatih serta pelatih bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai perkembangan pendidikan pembelajaran latihan masa dahulu dan masa kini.
  2. Untuk memberi peluang kepada pelatih berunding di antara satu sama lain.
  3. Untuk membolehkan bekas pelatih institut ini memberikan sumbangan seikhlas hati melalui Persatuan ke arah kemajuan, perkembangan dan peningkatan prestasi pelajar mengikut profesion masing-masing.
  4. Bekerjasama dan/atau bergabung dengan semua pertubuhan yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama bagi meningkatkan dan memajukan mutu peendidikan sekolah ini.
  5. Berusaha dan akan menjaga nama baik Institut ini di samping mengeratkan semula tali silaturrahim di antara bekas pelatih, kakitangan dan jurulatih Institut ini.

 

Keahlian

1. Keahlian adalah terbuka kepada semua individu yang berkelayakan

2. Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada empat (4) jenis iaitu:

 

  • Ahli Biasa

Keahlian Persatuan ini terbuka kepada semua lepasan pelatih Institut Kemahiran Langkasuka, Kedah. Berumur 17 tahun ke atas dan bertaraf Warganegara Malaysia.

  • Ahli Seumur

Hidup Terbuka kepada semua Ahli Biasa yang membayar yuran secara sekaligus RM 100.00 (ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) semasa permohonan.

  • Ahli Bersekutu

Terbuka kepada bekas jurulatih yang mengajar dan guru yang sedang mengajar di Institut Kemahiran Langkasuka/Pusat Latihan Langkasuka Gurun Kedah., bekas kakitangan dan kakitangan yang sedang berkhidmat di Institut ini. Ahli ini tidak boleh mengundi dan tidak boleh memegang jawatan.

  • Ahli Kehormat 

Ahli ini terdiri daripada orang kenamaan yang telah banyak membuat jasa kepada Persatuan. Perlantikan mereka adalah dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan. Ahli ini boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Persatuan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi dalam senarang mesyuarat Persatuan . Ahli ini adalah dikecualikan daripada membayar yuran keahlian.

3. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli Persatuan dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

4. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

5. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali dia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis ileh Naib Canselor Universiti Berkenaan.

 

Bayaran Pendaftaran, Yuran Dan Bayaran Lain

Jenis Keahlian

Pendaftaran

Yuran Tahunan

Ahli Biasa

RM 10.00

RM 10.00

Ahli Bersekutu

RM 10.00

RM 10.00

Ahli Seumur Hidup

Bayaran secara sekaligus sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu
Ratus Sahaja)

Dikecualikan

Ahli Kehormat

Tidak dikenakan sebarang yuran masuk

Dikecualikan