Pinjaman Kursus

PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) mula beroperasi pada 2001 sebagai satu kumpulan wang amanah untuk membiayai pelatih-pelatih kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari pusat-pusat latihan  awam dan swasta yang programnya ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tujuan penubuhan TPK ialah untuk menyediakan pinjaman bagi latihan kemahiran agar memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara.

Syarat Kelayakan Peminjam

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur di antara 15 hingga 35 tahun pada tahun latihan dijalankan.
  • Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia penuh masa yang diluluskan oleh PTPK.
  • Mengikuti latihan dalam tempoh yang disyaratkan dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja.
  • Mengikuti latihan di Penyedia Latihan yang diluluskan oleh PTPK.
  • Telah disahkan berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) untuk menjalani latihan berkenaan dalam tempoh yang ditetepkan.
  • Berasal dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM8,000.00 sebulan.
  • Pemohon hendaklah mengemukan dua orang penjamin yang berumur diantara 21 tahun hingga 50 tahun yang tidak muflis.
  • Tidak mendapat bantuan keewangan penuh daripada mana-mana agensi kerajaan yang lain.
  • Mengikuti tempoh latihan yang telah ditetapkan oleh JPK dalam panduan dan Peraturan Pertaulihan Persijilan Kemahiran Malaysia 2005 bertarikh 02 Februari 2005

Jumlah Pinjaman

  • Kadar pinjaman adalah mengikut kursus dan tahap yang dipilih.
  • Pinjaman dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun berasaskan baki berkurangan.
  • Bayaran premium untuk perlindungan insurans ditolak daripada amaun pinjaman.

Penjamin

  • Penjamin pertama dan kedua hendaklah warganegara Malaysia;
  • Penjamin pertama dan kedua hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun pada tahun mula latihan yang tidak muflis;
  • Pendapatan minima penjamin adalah RM700.00 .
  • Penjamin pertama dan kedua hendaklah seorang yang tidak muflis;
  • Penjamin pertama dan kedua tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang peminjam; dan
  • Peminjam yang berumur 21 tahun ke atas tidak boleh meletakkan penjaga sebagai penjamin pertama kecuali ibu/bapa.
  • Pengecualian : Sekiranya penjamin pertama terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga yang sah syarat umur dan pendapatan adalah dikecualikan.

Ikuti Kami Di Facebook

Hiperangkai

Institut Kemahiran Langkasuka Lot 31, Seksyen 3 Jalan Raya Gurun, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman.
| Tel: 04- 468 3509 | Fax: 04 – 468 1068 | Email: info@inskil.edu.my |