PERTAULIAHAN PERSIJILAN TERDAHULU (PPT)

Apa Itu PPT ?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.

Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan ?

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

Siapa Yang Boleh Memohon ?

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).

Kursus yang ditawarkan di sini adalah :-

  • TP-300-2:2013 – AUTOMOTIVE – SERVIS SELEPAS JUALAN
  • TP-300-3:2013 – AUTOMOTIVE – SERVIS SELEPAS JUALAN
  • FB-024-2:2012 – PENGURUSAN PEJABAT
  • FB-024-3:2012 – PENYELIA PENGURUSAN PEJABAT
  • FB-081-4:2012 – PENTADBIRAN SISTEM MAKLUMAT
  • EE-320-2:2012 – PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK – SATU FASA
  • EE-320-3:2012 – PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK – TIGA FASA

Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi ?

Faedah kepada individu

  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
  • Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.

Faedah kepada majikan

  • Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
  • Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
  • Meningkatkan imej syarikat

Faedah kepada negara

  • Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
  • Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
  • Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara

 

Ikuti Kami Di Facebook

Hiperangkai

Institut Kemahiran Langkasuka Lot 31, Seksyen 3 Jalan Raya Gurun, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman.
| Tel: 04- 468 3509 | Fax: 04 – 468 1068 | Email: info@inskil.edu.my |