Asrama

PERATURAN ASRAMA

  • Hanya pelatih yang berdaftar untuk kemasukan asrama dibenarkan menduduki asrama dan menggunakan kemudahan asrama seperti bilik air, dll.
  • Pelatih yang berdaftar untuk kemasukan asrama diwajibkan makan di kantin.
  • Pelatih yang tidak berdaftar atau orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasuki asrama untuk melawat atau apa-apa urusan tanpa terlebih dahulu berhubung dengan dengan pihak Inskil.

 

KEBERSIHAN & KESELAMATAN

  • Semua penghuni wajib menjaga kebersihan dan keselamatan semua peralatan yang disediakan di asrama. Sebarang kerosakan atau kehilangan adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menggantikan peralatan tersebut.
  • Kerjasama antara penghuni amatlah diperlukan bagu menjamin kebersihan asrama.
  •  Tidak dibenarkan sama sekali memasak makanan di asrama.
  • Kerosakan tandas/bilik air asrama atas kecuaian penghuni sendiri, contohnya membuang sisa makanan, bekas pencuci, tuala wanita dan sebagainya, kos penyelenggaraan ditanggung oleh semua penghuni asrama yang terlibat.

 

DISIPLIN

  • Bagi penghuni yang ingin keluar atau balik kampung mesti mencatit nama pada buku rekod yang disediakan disetiap asrama. Ini adalah untuk kemudahan pihak asrama untuk memaklumkan kepada ibubapa/penjaga jika ada sebarang panggilan untuk pelatih.
  • Semua penghuni lelaki dikehendaki berada di asrama selewat-lewatnya jam 10.00 malam dan penghuni perempuan 07.00 malam. Pelatih tidak dibenarkan keluar/masuk selepas waktu yang ditetapkan kecuali kecemasan dan mendapat kebenaran daripada Guru Warden / Ketua Asrama.
  • Penghuni tidak dibenarkan bermain judi, merokok, penyalahgunaan dadah, minum minuman keras, dan berkelakuan tidak bermoral. Jika terdapat penghuni yang melakukan kesalahan tersebut, beliau akan dikeluarkan dari asrama serta merta.

 

KELUAR ASRAMA

  • Pelatih yang ingin keluar dari asrama Inskil untuk menetap ditempat lain mestilah menghantar notis/surat permohonan keluar asrama dan menghantarnya ke pejabat pentadbiran tujuh (7) hari sebelum tarikh keluar. Kelulusan permohonan adalah berdasarkan perbincangan pihak pentadbiran dan waris terbabit. Jika pelajar keluar tanpa notis, pihak institut menganggap pelajar tersebut masih lagi penghuni asrama dan bayaran asrama akan dikenakan seperti biasa.
  • Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengurusan Inskil/warden untuk pulang/bercuti.
  • Pelajar yang tamat kursus akan diminta mengosongkan asrama selepas 3 hari tamat pengajian supaya pihak Inskil dapat menyediakan asrama untuk pelajar baru.

Ikuti Kami Di Facebook

Hiperangkai

Institut Kemahiran Langkasuka Lot 31, Seksyen 3 Jalan Raya Gurun, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman.
| Tel: 04- 468 3509 | Fax: 04 – 468 1068 | Email: info@inskil.edu.my |