Klik INSKIL Terkini

Pengunjung yang dihormati, sila dapatkan Info serta maklumat terkini mengenai INSKIL diruangan ini

MENGENAI INSKIL

1Pusat Latihan Langkasuka diwujudkan pada akhir tahun 2001 di bandar Gurun, Kedah.  Mendapat pentauliahkan dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Malaysia dengan No. Pusat L00605 pada 01 November 2001. Selaras dengan perkembangan semasa, ianya dinaiktaraf kepada INSTITUT KEMAHIRAN LANGKASUKA pada tanggal 01 Ogos 2010.

PROGRAM PENGAJIAN

2Program SKM yang dijalankan di Institut ini telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Sijil SKM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang membenarkan para graduan memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan SKM tersebut disektor awam dan swasta.

FAEDAH SIJIL SKM

3SKM diiktiraf oleh Jabatan perkhidmatan Awam (JPA), SKM juga diktiraf oleh industri di Malaysia, Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik serta melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan.

PENDAFTARAN

4Permohonan boleh dilakukan secara “online” melalui laman web Institut Kemahiran Langkasuka di www.inskil.edu.my, Melalui keratan slip permohonan daripada risalah atau flyer Inskil, Melalui keratan slip permohonan daripada iklan Inskil  yang disiarkan melalui akhbar-akhbar tempatan

 Ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Program-program yang ditauliahkan oleh JPK didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia selaras dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 melalui pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia oleh Agensi Kelayakan Malaysia

” Kemahiran Menjana Kecemerlangan Hidup “